♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

01 November, 2012

~ Petua Untuk Mendapatkan Anak Kembar ~


Bismillahirahmanirrahim…
Assalammualaikum…

Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat Allah yg maha esa selalu…
Salam pagi khamis…
Wahhh... dah masuk nulan November Youuu.... :) 


Ceh…nk berkongsi petua dptkan anak kembar ye..? peknen ye cma? Muahahaha…
Belom merancang nk tambah bby lagi…Saje2 nk share petua ni..manelah tahu berguna utk mereka yg sedang merancang (‘’,)

Petua Untuk Mendapatkan Anak Kembar

1. GENETIK - Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2. UMUR - Perempuan yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempu
nyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. BILANGAN ANAK - Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. BERAT dan KETINGGIAN - Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. DIET - Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

6. PENGAMBILAN FERTILITY DRUG - Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Semoga Dpt membantu.

Notacomot~ Sharing Is Caring... o_O