♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

26 July, 2013

~ Salam Nuzul Al- Quran 1434H ~

Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Pagi Jumaat Uols....


Alhamdulillah... Salam Ramadhan ke #17..
Jumaat Ke3 utk bulan ramadhan ni...
Sayu hati kan? Dalam sedar atau tidak,ramadhan yg dirindui semakin menghampiri penghujungya... :(

Hari ni cma Cuti Umum Sempena Sambutan Hari Nuzul Al-Quran.
Selamat Bercuti lah bt Uols Semua..


Peristiwa Nuzul Al-Quran :~  
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.


Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. 
Notacomot~Cik PuanTanah Berehat sepuas2nya diRumah...